Saturday, November 04, 2006

My current status

Tuhan turunkan matahari buat ku...
Namun aku masih menangis mencari kemanakah perginya matahari yang ku sanjungi itu...
Rupa-rupanya Tuhan amat menyayangiku..
Dia datangkan Pelangi buat ku..
Pelangi yang sangat menyenangkan hati...

Sesungguhnya Tuhan tahu apa yang terbaik buatku..
Matahari yang dahulu disanjung tinggi itu,
telah membakar hati dan perasaan ku...

Hujan diturunkan
ibarat penyembuh
kepada luka kebarakan itu...
Sebelum akhirnya
Dia menghadiahkan pelangi
bagiku...

adakah aku masih mahu menangisi pemergian matahari?
Tidak!
Tidak lagi!
Tidak akan sama sekali!

Aku mahu terus
menghargai pemberian Tuhan yang Satu itu..

Aku mahu terus bersyukur
dengan anugerahNya itu..

Aku ingin bergembira
dengan cahaya kegembiraan yang baru itu...

Alhamdulillah....

No comments: