Sunday, September 21, 2008

Pandangan 2 Sen Saya

Raya bakal menjelang tak lama lagi..
Suasana di Geylang masa saya cuba-cuba berjalan kelmarin,
amat sesak dengan pelbagai ragam manusia yang tak kurang
''warni-warni'' nya..

Kenapa saya kata warna-warni?

Haa..manakan tidaknya, ada yang rambutnya bagaikan pelangi,
mana yang baju nya macam tak cukup kain, yang dah macam sarung nangka,
yang badan dah macam lukisan bergerak pun ada and also yang membuat mata saya berasa silau semacam dek aksesori emas dan perak yang di cucuk tang sana cucuk tang sini..


Astaghfirullah...detik hati kecil saya...

Sempat juga saya menjeling kearah segelintir mereka ini yang begitu happening bershopping sakan..
Baju raya, kasut raya, perhiasan rumah dan yang sewaktu dengannya...

Dengan tak semena-mena perasaan segan datang melihatkan senario begitu..
Apa pula pandangan orang-orang bukan Islam terhadap mereka ini..?
Imej yang begitukan yang ingin kita berikan pada orang bukan Islam tentang
agama Islam dan penganutnya?

Apakah ini sememangnya trend yang membanggakan?
Apa agaknya makna Ramadhan dalam hati setiap mereka-mereka yang saya lihat itu?
Bersemangatkah mereka untuk menyambut raya?

Hmm..
Adakah perasaan kemenangan itu sedangkan puasa kita tidak sesempurna mana?
Sedih rasanya bila mengenangkan bulan suci ini dipandang enteng sahaja oleh sesetengah pihak..


Im not exactly the picture-perfect Muslim,
Saya sendiri masih banyak lagi ruang-ruang kosong yang perlu diisi dengan ilmu
supaya dapat menjadi Muslim yang lebih baik..

Tetapi saya bimbang dengan trend yang semakin berleluasa ini
bila terfikirkan,
apakah didalam keadaan masyarakat sebegini yang akan saya besarkan anak-anak saya?
Nampaknya memang beratlah tanggungjawab saya dimasa akan datang
dalam hal mendidik keluarga...

Namun,
Saya bersyukur melihat sesetengah pihak yang dapat memelihara diri
dari terpengaruh dengan anasir-anasir yang kurang sihat ini,
dan tetap menunjukkan imej yang positif di dalam bulan Ramadhan..

Kesedaran tentang peri pentingnya bulan Ramadhan dan erti kemenangan di bulan Syawal
belum cukup kental lagi dikalangan masyarakat kita...
Dan pada pendapat saya,
walau macam mana pun institusi-institusi atau jabatan agama dalam negara membuat inisiatif mempelbagai aktiviti bagi membagkit kesedaran tentang bulan Ramadhan,
ada satu institusi penting yang menjadi akar bagi segala tindak-tanduk setiap manusia
iaitu institusi keluarga....

And not forgetting, pokoknya diri setiap individu itu sendiri samada hendak berubah atau tidak..Nobody can change a man, if he does not want to change himself..

Oh well,
Itu cuma padangan 2 sen saya (just my two cents worth)..:)


Mudah-mudahan Allah Taala memberi mereka dan juga saya petunjuk...


Amiin..

No comments: